Lelaki Ini Manusia Pertama Di Dunia Alergi Pada Sayur-Sayuran

Pernahkah anda berhadapan dengan individu yang tidak memakan sayur?

lelaki ini manusia pertama di dunia alergi pada sayur-sayuran

Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) disahkan menjadi manusia pertama di dunia yang mengalami alergi terhadap sayur-sayuran.

 

Menurut laporan, lelaki berusia 36 tahun itu akan mengalami ruam, gatal dan kesakitan serius setiap kali dia makan sayur seperti tomato dan terung.

 

Pesakit itu telah menderita alergi ini selama 17 tahun dan gejalanya akan memuncak dalam masa lima jam selepas dia makan sayur dan kembali semula selang tiga hingga enam minggu kemudian.

 

Gejalanya akan bermula dengan loya, keletihan melampau, demam, kurang selera makan dan muntah.

 

Disebabkan alahan itu, beliau diberi pelan hidangan khas oleh pakar kesihatan.

 

Menurut doktor, ini adalah kes pertama seumpamanya di dunia yang secara konsisten mengalami reaksi alahan teruk dalam fasa berbeza selepas memakan makanan tertentu.

 

Lebih parah, lelaki itu turut mengalami alahan teruk jika menikmati hidangan piza, makanan laut, keju, wain dan beberapa jenis daging.

 

Sumber: Kosmo