Malu Nak Kentut Depan Pakwe, Wanita Ini Terpaksa Masuk Hospital

Seorang wanita terpaksa dirawat di hospital selepas ‘gas’ terperangkap dalam badannya gara-gara kerana dia malu untuk kentut di hadapan teman lelakinya.

malu nak kentut depan pakwe, wanita ini terpaksa masuk hospital

Wanita berkenaan, Viviane de Queiroz Pereira yang juga dikenali sebagai Pocah, dari Brazil, telah berkongsi kisah itu menerusi gambar yang dimuatnaik olehnya di Instagram.

.

“Saya bangun pada pukul 5.30 pagi dengan sakit perut yang teruk dan akhirnya dimasukkan ke hospital.

“Tetapi itu sahaja kawan-kawan. Saya kini sihat, hanya pengumpulan kentut terperangkap di dalam badan saya,’’ jelas penyanyi berusia 27 tahun itu.

.

Disebabkan insiden itu, beliau menasihatkan peminat-peminatnya untuk membuang angin dengan bebas tanpa rasa malu.

.

Menurut Pocah, pada mulanya dia tidak mengendahkan rasa sakit perut yang dialami, namun tidak dapat menahannya lagi lalu mengajak teman lelakinya untuk ke hospital. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat gas yang terkumpul dalam salur ususnya akibat daripada tabiat menahan kentut.

.

Menurut beberapa pakar perubatan, tabiat menahan kentut boleh menyebabkan bahaya yang membawa kepada gejala yang menyakitkan.

.

Sumber: [1]

 

 

ARTIKEL BERKAITAN