Aneh, Makin Ramai Suka Simpan Patung Bayi Wajah Seram

Anak patung merupakan barang permainan kanak-kanak yang dicipta sejak bermulanya tamadun manusia. Biasanya ia mempunyai rupa yang comel, sesuai untuk kegunaan kanak-kanak yang baru meningkat usia.

.

Namun sejak akhir-akhir ini, trend memiliki anak patung bayi dengan wajah seram semakin mendapat permintaan ramai, hingga ada yang mencecah ratusan ringgit.

aneh, makin ramai suka simpan patung bayi wajah seram

Disebabkan itu,  seorang wanita di Britain telah menghasilkan pelbagai koleksi patung bayi dengan wajah seram dan menjualnya secara atas talian bagi memenuhi permintaan terhadap trend itu.

.

Nadia Marcella, 46, mula menghasilkan anak patung dengan wajah menyeramkan sejak dua tahun lalu dan kini memiliki ribuan pengikut di media sosial. Beliau menjual anak patung seram itu pada harga sehingga £80 (RM426.70).

aneh, makin ramai suka simpan patung bayi wajah seram

Katanya, anak patung yang ditempah padanya bukanlah digunakan sebagai peralatan persembahan majlis, sebaliknya sebagai satu perhiasan rumah.

.

Tambahnya lagi, ada anak patung yang dihasilkannya itu menggunakan rambut manusia sebenar, dengan memberikan nama-nama menyeramkan kepadanya.

aneh, makin ramai suka simpan patung bayi wajah seram

“Saya juga ada menghasilkan patung bayi yang kelihatan seperti manusia sebenar. Kadang kala, tidak semestinya patung berdarah kelihatan menyeramkan, sebaliknya patung seperti bayi sebenar adalah lebih ditakuti,” ujarnya.

.

Meskipun mendapat permintaan menggalakkan, beliau juga sering menerima kritikan daripada pelbagai pihak yang menggelarnya sebagai mempunyai masalah mental.

aneh, makin ramai suka simpan patung bayi wajah seram

“Orang ramai menggelar saya sebagai mempunyai masalah mental, namun saya berasa bangga kerana hasil seni ini mendapat reaksi yang hebat daripada orang ramai sama ada baik atau buruk,” ujarnya lagi.

.

Sumber: [1]