Makin Ramai Klon Haiwan Kesayangan Sejak Pandemik COVID-19

Sejak pandemik COVID-19 yang terjadi dua tahun yang lalu, semakin ramai pemilik haiwan di Amerika Syarikat (AS) melakukan klon terhadap kucing dan anjing mereka.

makin ramai klon haiwan kesayangan sejak pandemik covid-19

Memetik laporan dari akhbar The Sun, syarikat ViaGen menjalankan aktiviti pengklonan kucing dan anjing dan mempunyai rekod hebat sejak 2015.

.

Menurut wakil syarikat ViaGen, harga semasa untuk mengklon kucing adalah AS$35,000 (RM146,755) dan AS$50,000 (RM209,650) untuk mengklon seekor anjing.

makin ramai klon haiwan kesayangan sejak pandemik covid-19

Sampel DNA haiwan perliharaan diambil semasa prosedur rutin seperti mengasi atau pembersihan gigi, serta dalam tempoh lima hari selepas kematian haiwan kesayangan itu.

.

DNA mereka kemudian disimpan dalam kemudahan kriostat untuk diproses dan dipelihara.

.

Apabila pemilik haiwan sudah bersedia mengklon haiwan kesayangan mereka, juruteknik ViaGen akan menggantikan nukleus telur penderma dengan salah satu sel beku pengasas dan menggunakan rawatan yang dipatentkan untuk menghasilkan embrio.

.

Embrio kemudian ditanam dalam badan pengganti yang akan melahirkan anak kucing atau anjing sebelum ia diberikan kepada pemilik baharu selepas dipisahkan daripada ibunya. Melalui prosedur ini, pemilik akan mendapat 100% kembar genetik haiwan kesayangan mereka itu.

makin ramai klon haiwan kesayangan sejak pandemik covid-19

Buat masa ini, pihak syarikat ViaGen menghadkan klon kepada dua ekor sahaja untuk setiap pemilik.

.

“Ini adalah pasaran yang sangat khusus. Ini bukan untuk orang ramai atas pelbagai sebab termasuk etika dan juga kewangan.

“Apa yang berbeza ialah setiap anjing, kucing dan kuda diminta secara khusus. Setiap pelanggan mempunyai sebab dan cerita yang unik untuk mengklon haiwan kesayangan mereka,” jelas mereka.

.

Sumber: [1]