Makanan Popular Yang Menjijikan

Zaman sekarang apa-apa yang berkaitan dengan makanan pasti menarik minat ramai orang, lagi -agi makanan yang viral ataupun makanan yang unik  dan sedap. Kalau ada menu baru, mesti ramai yang akan berpusu pusu untuk cuba.

Macam mana dengan makanan pelik ataupun yang extreme seperti makanan yang tidak biasa dimakan oleh masyarakat kita? Ada berani tak nak cuba? Jom tengok list ni:

1. BALUT (Filipina)

makanan popular yang menjijikan

Merupakan telur itik yang masih jelas kelihatan embrio yang hampir sempurna bentuknya. Memiliki protein yang tinggi.

2. CASU MARZU (ITALIA)

makanan popular yang menjijikan

Di dalam keju ini terdapat ribuan ‘berenga’ (telur lalat), Berenga memekan keju itu dan menghasilkan enzim yang mengakibatkan keju itu membusuk. Harus dimakan ketika berenga masih hidup.

3. DUONG DUA (VIETNAM)

makanan popular yang menjijikan

Sejenis ulat pohon kelapa yang bernama Duong Dua. Mengandungi protein yang tinggi.

4. SURSTROMMING (SWEDEN)

makanan popular yang menjijikan

Makanan ini dibuat daripada ikan herring baltik mentah yang kemudiannya difermentasikan. Merupakan  makanan yang paling busuk di dunia.

5. HUITLACOCHE (MEXICO)

makanan popular yang menjijikan

Diperbuat daripada jamur jenis Ustilago Maydis yang tumbuh pada jagung. Sejenis penyakit tanaman tetapi tidak untuk Huitacoche.

6. TIET CANH (VIETNAM)

makanan popular yang menjijikan

Merupakan salah satu makanan yang diperbuat daripada sup darah mentah seperti itik, angsa dan babi. Dikatakan boleh mencegah anemia.

7. THIT CHUOT (VIETNAM)

makanan popular yang menjijikan

Makanan yang memang extrem ini diperbuat daripada tikus sawah yang akan dipanggang diatas bara api. Rasanya seperti daging ayam.

8. TARANTULA GORENG (KEMBOJA)

makanan popular yang menjijikan

Tarantula ini adalah dalam kategori yang boleh dimakan. Terkenal sebagai makanan ringgan dan ditambahkan dengan gula, garam dan bawang.

9. BLACK PUDING (IRELAND)

makanan popular yang menjijikan

Bukan la pudding yang kita biasa makan tu, ianya diperbuat daripada darah babi, lemak babi dan oatmeal kemudian digorengnya.

10. HAGGIS (SCOTLAND)

makanan popular yang menjijikan

Diperbuat daripada ‘internal organ’ haiwan seperti hati dan paru paru. Kemudian dicampur oatmeal, bawang dan dibungkus bumbu. 

Rujukan

Oleh: Khalie Azmi