Merungut Kata Buah Manggis Rasa Pahit, Rupanya Salah Cara Makan!

Terdapat banyak buah-buahan tempatan yang mempunyai pelbagai rasa cukup enak, antaranya buah manggis.

.

Disebut juga sebagai ratu buah, buah manggis cukup popular di negara Asia Tenggara selain mempunyai pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan tubuh badan.

.

Bagaimanapun segelintir warga China mungkin tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa buah manggis mempunyai rasa enak kerana pada mereka ia mempunyai rasa aneh dan pahit.

.

Menerusi satu hantaran yang tular baru-baru ini, individu itu menyatakan rasa kekesalannya selepas memakan buah manggis.

beri komen kata buah manggis rasa pahit, rupanya salah cara makan!

“Saya tidak faham kenapa dan bagaimana orang ramai suka makan buah manggis. Ia pahit, masam dan harganya mahal juga,” ujar individu itu.

beri komen kata buah manggis rasa pahit, rupanya salah cara makan!

Hantaran itu turut mendapat komen yang sama daripada individu lain yang bersetuju dengan pendapat diberikan selepas beliau merasai buah manggis untuk pertama kali.

beri komen kata buah manggis rasa pahit, rupanya salah cara makan!

Seorang lagi individu dilihat membuang buah manggis yang dimakannya ke dalam tong sampah, dipercayai kurang berminat dengan rasa manggis yang dikatakan pahit itu.

beri komen kata buah manggis rasa pahit, rupanya salah cara makan!

Bagaimanapun selepas melihat kepada cara mereka memakan manggis, dapat dirumuskan bahawa mereka sebenarnya memakan buah itu dengan cara yang salah, mungkin beranggapan ia sama seperti buah epal.

.

Untuk pengetahuan, buah manggis dan durian akan dieksport ke negara China daripada negara-negara di Asia Tenggara. Disebabkan itu, kedua-dua buah ini dianggap eksotik dan sukar ditemui di negara tersebut.

beri komen kata buah manggis rasa pahit, rupanya salah cara makan!

Bagaimanapun selepas hantaran itu tular, individu yang kononnya salah cara makan manggis itu tampil menjelaskan bahawa ia adalah sekadar troll dan sengaja melakukan sedemikian untuk perhatian ramai.

.

Namun sekiranya anda atau sesiapa sahaja yang tidak tahu cara membuka buah manggis, boleh tonton sahaja tutorial video dibawah:

 

Sumber: [1]