Majlis Perkahwinan Didatangi Bekas Kekasih, Pengantin Perempuan Menangis Histeria Hingga Pengsan

Kisah pasangan yang bersanding di Indonesia ini menjadi tular apabila pengantin perempuannya menangis histeria sehingga pengsan selepas melihat bekas kekasih hadir di majlis perkahwinannya.

majlis perkahwinan didatangi bekas kekasih, pengantin perempuan menangis histeria hingga pengsan

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok itu, bekas kekasihnya itu dilihat mengenakan kemeja hitam dan naik ke atas pelamin serta berpelukan sambil mengucapkan tahniah kepada pengantin lelaki.

Ketika momen itu berlaku, pengantin perempuan tiba-tiba menjerit yang mana keluarga kedua-dua belah mempelai itu berusaha menenangkan pengantin perempuan yang menjerit histeria.

Video itu kemudian menunjukkan bekas kekasih pengantin perempuan itu segera turun dari pelamin dan diikuti pengantin lelaki.

Kerana tidak dapat menahan emosinya, pengantin perempuan pengsan di pelamin sehingga suasana majlis perkahwinan tersebut berubah menjadi panik dan kekacauan.

Momen yang mengejutkan itu dikatakan berlaku di Lombok Timur sekitar Disember 2020.

Sejak dimuat naik, video itu telah ditonton lebih dari 10 juta kali.

Menurut media tempatan, lelaki itu dikenal pasti sebagai Adrian Hidayat yang mesra disapa Dayat.

Kongsi Dayat, dia terkejut apabila video tersebut tersebar luas di media sosial.

Dayat mengatakan yang upacara perkahwinan bekas kekasih yang dia hadiri itu berlangsung pada 12 Disember 2020.

Akuinya, dia bukanlah orang yang bertanggungjawab merakamkan momen pengantin wanita itu histeria dan akhirnya pengsan setelah melihat kehadirannya.

“Mungkin orang di sana, bukan kawan atau yang siapa-siapa. Saya tidak tahu. Saya pergi ke sana sendirian dengan rakan-rakan saya,” katanya.

Lelaki berumur 18 tahun itu mengatakan dirinya hadir ke majlis perkahwinan tersebut kerana memang diundang dan tidak kenal akan pengantin lelaki itu secara peribadi.

“Sebenarnya, saya sudah diundang dan sudah ada persetujuan dari keluarga dia. Saya tidak terfikir untuk buat huru-hara atau apa-apa. Tiba-tiba dia jadi begitu. Apa lagi kan undangan yang memang sudah ada kata sepakat. Sebab saya memeluk dia (pengantin lelaki), dia lelaki yang bertuah,” jelasnya.

Dayat yang pada ketika ini bekerja sebagai pemuzik mengaku pernah bercinta dengan bekas kekasihnya yang telah menjadi isteri orang selama setahun.

Tetapi, dia enggan mendedahkan alasan mereka putus.

“Tiba-tiba tanpa ada sebarang khabar. Sebaik ada khabar, dia menikah. Diberi undangan dan saya terkejut dia menikah. Ya mungkin itu yang terbaik untuk dia dan memang jodohnya. Alhamdulillah, ada peluang datang,” katanya.

Mengimbas kembali mengenai kisah cinta mereka di awal dulu, kedua-dua mereka bekerja di tempat sama dan dari situ mula saling jatuh cinta.

Selama bercinta selama setahun, wanita itu telah diperkenalkannya kepada keluarga tetapi pula dengan dirinya yang tidak pernah berjumpa dengan ayah bekas kekasihnya itu.

Akui Dayat, ketika bekas kekasihnya itu dilamar lelaki ini, mereka masih bergelar pasangan kekasih.

Dia bagaimanapun tidak dapat berkata apa-apa terhadap hal yang telah terjadi dan hanya mampu pasrah kerana ia mungkin keinginan kedua-dua orang tua bekas kekasihnya itu.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN