Budak Menang Kambing Lepas Main Lato-Lato Dua Jam Tanpa Henti

Permainan lato-lato kini menjadi trend dalam kalangan anak muda di rantau ini.

pasangan pengantin disambut meriah dengan bunyi lato-lato

Terbaharu, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun telah membawa pulang hadiah utama iaitu seekor kambing setelah menjadi juara dalam pertandingan lato-lato.

 

Chesta Khadafi dari Sedati, Surabaya Indonesia berjaya menewaskan ratusan peserta lain dalam pertandingan lato-lato, yang mana pemenang dipilih berdasarkan mereka yang paling lama bermain.

budak menang kambing lepas main lato-lato dua jam tanpa henti

Kanak-kanak itu menjadi juara selepas bermain lato-lato tanpa henti selama 2 jam 7 minit di pentas final.

"Memang meletihkan tapi berbaloi. Kambing ini saya hadiahkan kepada kedua orang tua," katanya.

 

Menurut penganjur Muhammad Subeki berkata, peserta pertandingan itu hanya dibenarkan menggunakan lato-lato yang disediakan mereka.

 

Format pertandingan itu adalah peserta perlu bermain lato-lato selama 10 minit sebelum mereka layak ke separuh akhir. Pada peringkat akhir pula, peserta perlu bermain dalam keadaan duduk, mencangkung dan juga jalan mengundur.

 

Sumber: Sinar Harian