Macam Dekat Dalam Makmal, Pekerja Francais Kopi Di China Serba Lengkap Kenakan PPE Ketika Bekerja

Jun tahun ini, sebuah lapangan terbang di China yang dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarbangsa Bao’an Shenzhen terpaksa ditutup selepas seorang pekerja di kedai makan didapati positif COVID-19.

macam dekat dalam makmal, pekerja francais kopi di china serba lengkap kenakan ppe ketika bekerja

Susulan itu, sebuah francais kopi popular iaitu Starbucks yang berpangkalan di lapangan terbang terbabit mengambil langkah berjaga-jaga dengan menghendaki kakitangannya mengenakan sut perlindungan diri (PPE) dan gaun pembedahan.

Dalam foto-foto yang tular di media sosial itu, jelas kelihatan kesemua barista itu sedang asyik menyiapkan pesanan pelanggan dalam pakaian yang serba menutup dari bahagian kepala hingga kaki serta termasuk topeng muka dan pelindung muka.

Pihak pengurusan francais tersebut di China kemudian mengeluarkan kenyataan di laman Weibo bagi menjelaskan mengenai isu tular itu.

Menurut mereka, pihaknya berkeputusan bahawa kakitangan mereka diharuskan memakai sut perlindungan diri (PPE) pada hari pertama dan kedua pembukaan semula lapangan terbang terbabit, dan kesemua barista di situ telah pun beralih kepada gaun pembedahan biru selepas itu.

Mereka turut menjelaskan kerana rasa tidak selesa yang disebabkan pakaian tersebut, pihak mereka telah mengatur waktu rehat yang lebih lama dan mengurangkan jam bekerja.

Selain itu, mereka juga memberi lebih banyak hari cuti dan menyediakan minuman di kedai agar kesemua kakitangan tersebut dapat menghidratkan semula diri mereka.

 

Sumber: [1]