Macam Dalam Filem, China Bakal Bina Kota Terapung!

Mungkin selama ini kita hanya terbayangkan ‘kota terapung’ itu sekadar wujud dalam filem yang bergenre fiksyen sains.

macam dalam filem, china bakal bina kota terapung!

Bagaimanapun, angan-angan tersebut ternyata bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi kerana China, telah memperkenalkan idea dan reka bentuk untuk membina bandar sebegitu.

Digelar Sky Island Tower, ‘kota terapung’ tersebut merupakan reka bentuk yang berjaya memenangi projek bagi Pusat Bandar Baru yang dikhususkan untuk daerah perniagaan terbaru di Shenzhen, China yang dipanggil Qianhai.

Lebih mengujakan, bangunan yang menerima sentuhan daripada syarikat Jepun itu dikatakan memiliki ketinggian 268 meter.

macam dalam filem, china bakal bina kota terapung!

Ia juga bakal dilengkapkan dengan pelbagai tarikan dan kemudahan seperti restoran, laluan pejalan kaki, sky lobby dan ruang pameran tiga dimensi.

Sebilangan besar reka bentuk akan menggunakan kaca bagi membolehkan pengunjung menikmati sepenuhnya panorama indah dari atas bangunan terapung itu.

Struktur tersebut tidak hanya dirancang untuk memungkinkan masyarakat melihat masa depan kehidupan kota dan seni bina futuristik, tetapi juga berfungsi dan menyatu dengan pemandangan kota.

 

Sumber: [1]