Siapa sangka selain menyanyi, G-Dragon mempunyai bakat luar biasa dalam bidang seni lukisan!
Pemilik nama sebenar Kwon Ji-yong, 36, telah membuat sentuhan hebat menerusi lukisan bertajuk Youth of Flower, yang bakal dipamerkan untuk bidaan di Seoul Auction Gangnam Center pada 29 Mac depan dengan harga bermula RM117,000!
Lukisan bermotifkan flora itu dihasilkan beliau pada 2017 atas sebuah plat besi itu dengan hanya menggunakan pen penanda dan cat. Malah, satu tandatangannya telah diturunkan pada bahagian bawah lukisan itu.
Sama-sama kita nantikan harga bidaan terakhir yang akan dibuat untuk lukisan oleh penyanyi lagu Bang Bang Bang ini.
Sumber: Allkpop