Penduduk Gempar Temui Lubang Gergasi, Saiznya Makin Membesar!

Penduduk di sebuah kawasan lombong dekat Chile gempar apabila menemui satu lubang benam misteri sedalam lebih 200 meter.

penduduk gempar temui lubang gergasi, saiznya makin membesar!

Lubang misteri yang sedang disiasat itu didakwa semakin membesar dengan kelebaran semasa lubang 25 meter.

 

Menurut Datuk Bandar Chile, Cristobal Zuniga berkata pihaknya telah menerima aduan mengenai lubang itu pada Sabtu lalu berhampiran dengan lombong Alcaparrosa.

penduduk gempar temui lubang gergasi, saiznya makin membesar!

“Ia masih aktif dan saiznya makin membesar. Itu adalah penemuan yang tidak pernah terjadi dalam komuniti kami sebelum ini,” ujarnya.

 

Ekoran daripada itu, pihak Geologi Negara dan Perkhidmatan Perlombongan diarahkan untuk mengkaji kemunculan lubang misteri ini.

penduduk gempar temui lubang gergasi, saiznya makin membesar!

Kawasan perlombongan berhampiran lubang misteri juga telah diarahkan untuk menghentikan sementara operasi mereka sementara pihak berkuasa mengkaji mengenainya.

 

Penemuan lubang misteri ini bukanlah pertama kali dilaporkan di dunia. Sebelum ini, China telah menemui lubang misteri yang berisi hutan dan pelbagai tumbuhan purba sedalam 630 kaki di Leye, Guangxi Zhuang.

 

Sumber: Unilad / SiakapKeli

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN