London Bina Kolam Terapung Di Langit Yang Pertama Di Dunia

Bagi sesetengah orang, ia mungkin kedengaran menakutkan. Namun buat mereka yang gemarkan adrenalin, pastinya sukakan ciptaan kolam renang dengan reka bentuk yang agak ‘menggilakan’ ini.

london bina kolam terapung di langit yang pertama di dunia

Digelar Sky Swimming Pool, kolam renang lutsinar ini dibina dengan ketinggian 82 kaki, iaitu kira-kira 25 meter, dan terbentang di antara tingkat 10 bangunan pencakar langit di sebuah kediaman pangsapuri mewah yang terletak di kawasan barat daya London, United Kingdom!

Menurut rekod, ia merupakan struktur kolam akrilik bebas yang terbesar di dunia yang mana ia turut dilengkapi dengan pemandangan cakrawala London, termasuklah penampakan bangunan tarikan pelancong seperti London Eve, Westminster dan banyak lagi!

Lebih mengejutkan, kolam yang ‘terapung’ di tebaran langit itu juga dilaporkan memiliki kedalaman sedalam 10 kaki dan air di dalamnya sahaja dikatakan mencecah berat sekitar 375 tan.

Kalau diberi peluang, agak-agak korang nak ke berenang di sini?

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN