Tular sebuah klip video di media sosial Indonesia, menunjukkan situasi yang mungkin jarang kita lihat di sekolah.
Mana tidaknya, beberapa orang guru serta staf dikunci di luar pagar gara-gara mereka terlewat datang ke sekolah, demikian menurut berita Liputan6.
Menerusi hantaran di Tiktok @hobay91830, kejadian itu dilaporkan terjadi di Sekolah Vokasional Negeri 4 Bangli, Bali.
Rakaman itu menunjukkan beberapa guru dan staf terlewat datang ke sekolah tersebut pada Isnin, menyebabkan mereka dihalang memasuki perkarangan sekolah dan tidak mengganggu perhimpunan pagi.
“Guru datang lewat dan pintu pagar sekolah ditutup oleh pelajar semasa acara menaikkan bendera,” demikian menurut kenyataan akaun tersebut.
Video berkenaan turut menunjukkan beberapa pengawas sekolah mengawal pintu pagar tersebut, meskipun ada antara guru dan staf tersebut yang terlewat 1 minit.
Nama guru dan staf yang lewat turut direkodkan pengawas dan dihantar kepada pihak atasan sekolah.
Sumber: Tiktok