Letak Jawatan Lepas Rakan Sekerja Tak Datang Majlis Kahwin

Majlis perkahwinan merupakan hari yang paling bahagian dan ia diraikan oleh insan tersayang, saudara, adik beradik dan rakan-rakan.

 

Namun lain pula jadinya kepada wanita ini apabila hanya seorang daripada 70 rakan sekerja hadir di majlis perkahwinannya, sehingga membuatkan dia berkecil hati lalu nekad untuk meletak jawatan.

letak jawatan lepas rakan sekerja tak datang majlis kahwin

Menurut laporan, identiti wanita yang tidak didedahkan itu meluahkan rasa kecewa di media sosial kerana berasa dimalukan oleh rakan sekerja pada hari bahagianya.

 

Wanita itu katanya sudah bekerja di syarikat itu selama lima tahun dan mempunyai hubungan yang baik serta rapat dengan rakan sekerjanya.

 

Disebabkan hubungan yang baik itu jugalah beliau sering menghadiri kebanyakan majlis perkahwinan daripada 70 rakan sekerjanya sebelum ini.

 

Beliau berharap apabila beliau berkahwin, rakan-rakannya itu akan hadir juga pada majlis perkahwinannya, namun sebaliknya pula berlaku.

 

Disebabkan hanya seorang daripada 70 rakan sekerjanya yang hadir, beliau sangat berkecil hati lalu nekad untuk berhenti kerja atas alasan sedemikian.

 

Sumber: Mingguan Wanita

ARTIKEL BERKAITAN