Warga Emas Ini Akhirnya Lulus Ujian Memandu Pada Cubaan Kali ke-960

Seorang wanita yang juga warga emas dari Korea Selatan tidak patah semangat untuk terus mencuba hingga akhirnya beliau berjaya memperoleh lesen memandu.

warga emas ini akhirnya lulus ujian memandu pada cubaan kali ke-960

Cha Sa-soon, 69, mula menduduki ujian bertulis bagi mengambil lesen memandu pada April 2005. Namun sejak itu beliau seringkali gagal dalam ujian, meski beliau mengambil ujian itu setiap hari dalam lima hari hari seminggu, selama tiga tahun dengan jumlah keseluruhan sebanyak 780 kali percubaan.

 

Selepas itu warga emas itu mengambil semula ujian memandu dua kali dalam seminggu sehingga dia akhirnya lulus dan mara ke peringkat ujian praktikal latihan memandu.

warga emas ini akhirnya lulus ujian memandu pada cubaan kali ke-960

Sa-soon akhirnya lulus ujian memandu selepas mencuba 10 kali, beerti dia telah melalui 960 kali ujian secara keseluruhan sebelum berjaya mendapat lesen.

Untuk itu, beliau telah membelanjakan hampir 11,000-yen (kira-kira RM59,727) untuk mendapatkan lesen memandu. Sa-soon berkata, lesen itu akan memudahkannya untuk menjalankan perniagaan sayur-sayuran.

 

Menurut guru memandunya pula, dia berasa lega apabila Sa-soon akhirnya lulus dan berjaya mendapat lesen. Kisah Sa-soon dalam usaha mendapatkan lesen memandu ini telah menjadi tular di negaranya, hinggakan dia muncul dalam iklan syarikat pengeluar kereta, Hyundai. Lebih menarik, Hyundai turut menghadiahkan Sa-soon sebuah kenderaan baharu yang berharga hampir 11,640 Yen (kira-kira RM63,201) sebuah.

 

Sumber: Mirror UK