Lari Dari Pusat Sembelihan, Lembu Dilihat ‘Bermain’ Gelongsor Air

Seekor lembu dirakam ‘bermain’ gelongsor air di sebuah taman tema air selepas didakwa melarikan diri dari sebuah pusat sembelihan.

lari dari pusat sembelihan, lembu dilihat ‘bermain’ gelongsor air

Kejadian yang berlaku di Brazil itu telah mengejutkan orang ramai dan risau dengan risiko haiwan itu terjatuh dari gelongsor air yang tinggi itu.

lari dari pusat sembelihan, lembu dilihat ‘bermain’ gelongsor air

Bagaimanapun lembu itu bernasib baik kerana gelongsor air itu boleh menampung berat lembu berkenaan daripada terjatuh ke bawah.

 

Menerusi video yang tular, lembu itu dilihat memanjat tangga dan menggelongsor turun ke dalam kolam. Ia kemudian berjemur dibawah matahari dan mengambil sedikit masa untuk merenung ke arah jurukamera di taman tema air yang kosong itu.

lari dari pusat sembelihan, lembu dilihat ‘bermain’ gelongsor air

Selang beberapa ketika, pemilik ladang ternak yang juga pemilik lembu berkenaan berjaya menangkapnya semula dan menjadikan ia haiwan peliharaan serta menamakannya ‘Toboga’, iaitu gelongsor dalam bahasa Portugis.

 

Sumber: [1]