Seorang lelaki dari India telah mengejutkan ramai pengguna Internet apabila foto sinar-X menunjukkan gigi tambahannya tumbuh dengan banyak pada rahang.
Nitish Kumar, 17, menderita tumor kompleks yang dikenali sebagai ‘odontome’ pada rahangnya sejak lima tahun lalu. Akibatnya, sebanyak 82 batang gigi tambahan tumbuh pada bahagian berkenaan hingga ia kelihatan bengkak pada luaran.
Lebih memburukkan keadaan, Nitish tidak segera mendapatkan rawatan dan hanya membiarkan sahaja penderitaan itu sejak bertahun-tahun lamanya.
Dapat dilihat menerusi imbasan sinar-X, sekumpulan gigi yang besar tumbuh pada bahagian bawah rahangnya, menyebabkan wajahnya menjadi senget.
Doktor dari Institut Sains Perubatan Indira Gandhi (IGIMS) bagaimanapun berjaya melakukan pembedahan bagi membuang tumor remaja tersebut. Pesakit itu kini sihat dan dibenarkan untuk keluar hospital tidak lama lagi.
Sumber: India.com