Lelaki Tular Kerana Semadikan Jasad Ibu Di Halaman Rumah Sendiri

Apabila seseorang itu mempunyai hubungan rapat dengan ahli keluarganya, melepaskan mereka dari dunia pastinya akan terasa berat.

lelaki tular kerana semadikan jasad ibu di halaman rumah sendiri

Seorang pemuda dari negara seberang yang kehilangan ibunya menjadi tular di media sosial kerana mengebumikan arwah ibunya di halaman rumah sendiri.

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, coret lelaki yang dikenali sebagai Adhefin itu, “Mungkin ini caraku.”

Dalam video yang telah ditonton lebih dari 1.7 juta kali itu, pemuda itu memperlihatkan dirinya yang membersihkan kubur arwah ibunya selain menempatkan bunga-bungaan di samping tempat persemadian insan tersayang itu.

Rata-ratanya, ramai pengguna di laman tersebut yang menyatakan kesedihan mereka melihat ketabahan pemuda itu yang sanggup mengebumikan arwah ibu di halaman rumah sendiri.

“Perkara yang paling menyakitkan adalah ketika ayah meninggal pada usia kita dan kita hanya boleh bergantung pada ibu yang bekerja setiap hari untuk anak-anak mereka,” tulis seorang pengguna yang turut melalui pengalaman hampir serupa.

 

@adhefin

mungkin ini caraku

♬ เสียงต้นฉบับ - 𝕊 𝕋 𝕆 ℝ 𝕐_❣️_ℕ

 

 

Sumber: [1]