Terima Kasih Phone Dengan Casing The Hulk, Lelaki Ini Selamat Dari Tembakan

Tidak dinafikan telefon bimbit adalah antara benda wajib yang ada pada hampir semua orang masa kini. Bukan sahaja menghubungkan kita sesama manusia, malah ia telah menyelamatkan nyawa lelaki ini daripada satu tembakan.

 

Kejadian berlaku di Pernambuco dekat Brazil selepas lelaki ini disamun individu tidak dikenali yang kemudian melepaskan tembakan kearahnya.

 

Mujur peluru tembakan itu mengenai pada telefon bimbit jenis Motorola yang berusia 5 tahun, lengkap dengan casing superhero, The Hulk.

 

Insiden itu dikongsikan seorang doktor menerusi laman Twitter baru-baru ini.

 

“Seorang pesakit dikejarkan ke wad kecemasan selepas ditembak dalam satu rompakan, namun terselamat selepas peluru mengenai pada telefon bimbitnya.

“Berikut adalah keadaan telefon bimbitnya itu,”

terima kasih phone dengan casing the hulk, lelaki ini selamat dari tembakan

Dapat dilihat dengan jelas rekahan pada skrin telefon bimbit itu kesan daripada peluru tembakan yang mana secara tidak langsung ia telah menyelamatkan nyawa lelaki itu.

 

Menurut doktor itu lagi, pesakit itu hanya mengalami lebam pada kulit dan telah dibenarkan keluar dari hospital.

 

Kejadian sama juga pernah berlaku sebelum ini di Taiwan selepas telefon bimbit jenis Samsung Galaxy Mega 6.3 menyelamatkan nyawa seorang lelaki daripada tembakan.

 

Sumber: [1]