Lelaki Dari Jerman Ini Telah Terima 90 Dos Vaksin COVID-19

Seorang lelaki berusia 60 tahun dari Magdeburg, Jerman dilaporkan telah menerima 90 dos suntikan vaksin COVID-19.

lelaki dari jerman ini telah terima 90 dos vaksin covid-19

Tindakannya itu adalah bagi membolehkan dia menjual sijil vaksinasi kepada individu lain yang enggan menerima suntikan vaksinasi, yang mana sijilnya itu mempunyai nombor siri sebenar.

.

Beliau yang menerima 90 suntikan vaksin dari beberapa buah pusat vaksinasi selama beberapa bulan lalu, bagaimanapun kini telah diberkas polis.

.

Suspek dikesan polis selepas dia menerima suntikan vaksinasi selama dua hari berturut-turut di sebuah pusat vaksinasi di Eilenburg.

.

Menurut laporan, suspek kini disiasat pihak polis atas tuduhan mengedarkan kad vaksinasi tanpa kebenaran dan pemalsuan dokumen. Malah beberapa keping kad kosong turut dirampas daripada suspek.

.

Setakat ini, tiada penjelasan mengenai kesan yang mungkin dialami suspek selepas mengambil 90 dos suntikan vaksin daripada beberapa jenama. Suspek juga tidak ditahan pihak berkuasa.

.

Sumber: [1]

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN