Wang Hampir Setengah Juta Ringgit Ditemui Lepas Beli Peti Ais Second Hand

Seorang lelaki dari Korea Selatan terkejut apabila menemui wang tunai bernilai 110 juta won (kira-kira RM400,996) dalam peti sejuk terpakai yang dibelinya secara atas talian.

wang hampir setengah juta ringgit ditemui lepas beli peti ais second hand

Lelaki itu menemui bungkusan wang tersebut dilekatkan pada bahagian bawah peti sejuk berkenaan ketika sedang membersihkannya.

wang hampir setengah juta ringgit ditemui lepas beli peti ais second hand

Beliau kemudian membuat laporan polis dan kini pihak berkuasa sedang menentukan sumber wang berkenaan.

 

Penyiasat berkata, mereka sedang mengenalpasti penjual peti sejuk itu dan menyiasat individu yang terlibat dalam penghantaran peralatan itu.

 

Bagaimanapun, menurut Akta Hilang dan Jumpa yang diamalkan di Korea Selatan, wang itu akan diberikan kepada individu yang menemuinya jika pemilik sebenar gagal dikesan selepas siasatan dibuat. Namun jika wang itu mempunyai kaitan dengan aktiviti jenayah, ia akan menjadi milik negara.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN