Sering kali, kebanyakan daripada kita takutkan lipas.
Namun lain pula yang terjadi pada seorang lelaki dari Thailand yang mana dia membawa seekor lipas tercedera yang dijumpainya di tepi jalan ke veterinar atas dasar keprihatinan.
Tindakan lelaki tersebut kemudian mendapat pujian daripada doktor haiwan di situ yang turut memuat naik entri yang memaparkan tindakan lelaki itu di Facebook. Tambah doktor itu lagi, apa yang dikatakan di entri tersebut bukanlah satu jenaka.
Entri tersebut kemudian tular di serata media sosial hingga membuatkan lelaki yang dirahsiakan identitinya itu menjadi viral.
Biarpun begitu, doktor tersebut mengatakan kemungkinan lipas tersebut untuk hidup hanya 50-50. Dia kemudian meletakkan lipas itu di dalam tangki oksigen selain membenarkan lelaki yang membawa lipas itu untuk membawanya kembali.
“Saya membenarkan lelaki itu membawa lipas tersebut kembali untuk menjaganya. Tiada perbelanjaan perubatan yang dikenakan sama sekali. Walaupun kesnya pelik saya telah menyembuhkan banyak jenis haiwan sebelum ini seperti cicak dan katak.”
Apa-apa pun, tindakan lelaki tersebut cukup untuk membuktikan bahawa setiap spesies haiwan sememangnya mempunyai hak dan peluang untuk meneruskan kehidupan mereka.
Sumber: [1]