Lelaki Tekad Lamar Kekasih Depan Bakal Mentua Guna PowerPoint

Seorang lelaki tular kerana melamar kekasihnya di hadapan bakal mentua dengan menggunakan cara unik iaitu menerusi pembentangan PowerPoint.

lelaki tekad lamar kekasih depan bakal mentua guna powerpoint

Dalam satu video yang tersebar luar di Instagram, lelaki yang dikenal pasti sebagai Yashe Fadhli itu menggunakan perisian pembentangan popular itu bagi menjelaskan perancangan masa hadapannya.

Persis seorang Ketua Pegawai Eksekutif, Yasher dengan gaya bersahajanya menerangkan pelan kehidupan bersama pasangan kekasihnya selepas mereka mendirikan rumah tangga bersama.

“Kita bukan lagi dalam fasa untuk bertahan. Kebiasaannya, kalau bercakap tentang kewangan, kita sering menyebut mengenai cara untuk bertahan, bagaimana untuk makan dan lokasi tempat tinggal.

“Rancangan kami sekarang adalah tentang cara-cara untuk bekerja keras,” tambahnya.

Di hadapannya, jelas kelihatan pasangan bakal mentua bersama kekasihnya khusyuk mendengar pembentangan tersebut.

Rata-rata, ramai warganet ‘salute’ dengan cara yang digunakan Yasher sehinggakan ada yang meminta tip daripadanya.

“Sangat memberi inspirasi! Ini merupakan cara paling sesuai untuk menyampaikan pandangan yang berbeza kepada ibu bapa,” kata seorang warganet.

“Hebat sekali! Berapa jumlah slide keseluruhan?” kata seorang lagi

 

 

 

Sumber: [1]