Selagi Tiga Isu Ini Tak Selesai, Selagi Itu Lelaki Ini Tidak Akan Mandi

Seorang lelaki berusia 62 tahun berikrar tidak akan mandi selagi tiga isu ini tidak diselesaikan dengan segera.

selagi tiga isu ini tak selesai, selagi itu lelaki ini tidak akan mandi

Lelaki warga emas dari Bihar, India, terkenal kerana tabiatnya yang tidak mandi sejak 22 tahun yang lalu.

 

Dharamdev Ram dikatakan sudah berikrar tidak akan mandi sehingga keganasan terhadap wanita, pertikaian tanah dalam kalangan lelaki dan pembunuhan haiwan tidak bersalah dapat dihentikan.

 

Disebabkan ketiga-tiga isu itu masih belum selesai, lelaki itu berpegang kepada janjinya untuk tidak mandi.

selagi tiga isu ini tak selesai, selagi itu lelaki ini tidak akan mandi

Beliau menjalani kehidupan normal dengan berkahwin pada tahun 1978. Namun ketika itu beliau baru sedar akan ketiga-tiga konflik itu semakin meningkat dalam kalangan masyarakat.

 

Bagi mencari penyelesaian, beliau bertemu seorang ‘Guru’ dan mendapat inspirasi untuk mengikutinya ke jalan pengabdian. Maka disebabkan itu juga beliau berjanji untuk menahan diri daripada mandi.

Ekoran daripada tabiatnya yang tidak mandi, beliau juga telah mendapat tekanan daripada keluarga dan turut dibuang pekerjaan. Tambah menyedihkan, isterinya telah meninggal dunia pada 2003, diikut anak lelakinya tidak lama kemudian.

 

Baaimanapun beliau masih meneruskan ikrarnya sehinggalah ketiga-tiga isu itu dapat dihentikan.

 

Sumber: Oddity Central

 

 

ARTIKEL BERKAITAN