Seorang wanita di India yang pernah dilaporkan hilang kerana tidak pulang ke rumah sejak 10 tahun lalu akhirnya ditemui ‘tersorok’ di dalam rumah ibu bapa kekasihnya.
Menurut satu laporan yang dikeluarkan media tempatan, pasangan tersebut mengambil keputusan berbuat sedemikian kerana khuatir sekiranya hubungan mereka tidak direstui ibu bapa kerana agama masing-masing yang berbeza.
Tambah laman tersebut lagi, dia akan keluar pada waktu malam untuk ke tandas. Lain-lain waktu, dia hanya akan berada di dalam bilik kekasihnya.
Wanita yang dikenali sebagai Sajitha, 28, itu dikatakan tidak pulang rumah ke rumah setelah keluar untuk berjumpa dengan saudaranya pada 2011.
Sejak kehilangannya, operasi pencarian telah diadakan namun pihak berkuasa gagal menemui sebarang petunjuk hingga pernah timbul andaian bahawa dia sebenarnya sudah meninggal dunia.
Kekasihnya, Rahman Khani, 34, akan mengunci pintu bilik tersebut setiap kali dia meninggalkan rumah tersebut manakala Sajitha pula akan menggunakan tingkap bilik tersebut untuk menyelinap keluar pada waktu malam tanpa diketahui sesiapa.
Namun, yang paling mengejutkan adalah kekasih Sajitha mengakui bahawa dia memasang pagar elektrik di kawasan biliknya untuk mengelak keluarganya sendiri daripada mengetahui dia tinggal bersama kekasih.
Tambahan lagi, lelaki itu juga dikatakan tidak lagi makan bersama keluarganya sejak 10 tahun lalu dan hanya membawa makanan dalam jumlah yang banyak ke dalam bilik untuk dimakan.
Pada awalnya, keluarga lelaki tersebut menyangkakan sekiranya anak mereka itu sudah bertukar menjadi kurang siuman.
Namun apabila perkara mengenai dia sebenarnya membawa kekasihnya tinggal bersama di dalam bilik tersebut, pasangan tersebut mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah sendiri tanpa memaklumkan kepada keluarga Rahman.
Setelah menyedari anaknya tidak pulang ke rumah, ibu bapa lelaki tersebut kemudian membuat laporan polis berkenaan kehilangannya.
Rahman kemudian ditemui di sebuah perkampungan Nemara yang terletak tidak jauh dari rumah keluarganya.
Hasil siasatan polis mendapati Rahman mengaku dia tinggal bersama kekasihnya di dalam bilik tidur rumah keluarganya tanpa pengetahuan sesiapa.
Bagaimanapun, menerusi satu laporan yang dikeluarkan media tempatan lain mengatakan ibu bapa lelaki itu menafikan berita mengenai anak mereka yang pernah membawa kekasihnya tinggal di bilik rumah mereka secara diam-diam.
“Struktur kekasih di bilik rumah mereka selama 10 tahun. Ini bermakna jika ada kelibat mana-mana individu di dalam, kita boleh nampak,” ujar mereka.
Sumber: [1]