Lelaki Saman Majikan Sebab Dipecat Kerana Sering Ke Tandas, Alasannya Ada Masalah Dubur?

Seorang lelaki di China telah bertindak menyaman bekas majikannya kerana memecat beliau atas alasan yang salah.

lelaki saman majikan sebab dipecat kerana sering ke tandas, alasannya ada masalah dubur?

Lelaki bernama Wang, telah dipecat majikannya atas alasan menghabiskan terlalu banyak masa dalam tandas pada waktu bekerja.

 

Bagaimanapun menurut lelaki itu, beliau mempunyai alasan munasabah kerap ke tandas kerana berdepan dengan masalah anorektal (dubur).

 

Menurut Wang, selepas menjalani pembedahan berkaitan masalah anorektal, beliau terpaksa berulang alik ke tandas selama beberapa jam setiap hari kerana mengalami ketidakselesaan serta kesakitan.

 

Pada bekas majikannya pula, dalam tempoh 10 hari, Wang telah ke tandas sebanyak 22 kali dan berada di tandas untuk tempoh 47 minit hingga 6 jam.

 

Atas alasan itu, Wang diberhentikan kerja oleh majikannya, hingga menimbulkan ketidakpuasan hati dan kes ini dibawa ke peringkat perundangan.

 

Bagaimanapun menurut Mahkamah Tinggi Tianjin, tindakan Wang yang kerap ke tandas adalah tidak munasabah dan tidak memenuhi keperluan fisiologi biasa, justeru dia gagal dalam saman yang dituntut dan gagal mendapatkan semula pekerjaannya itu.

 

Sumber: Kosmo!