Lelaki Ditahan Akibat Seludup Emas Guna Gigi Palsu

Seorang lelaki telah ditahan di India selepas cuba menyeludup emas yang dijadikan sebagai gigi palsu.

lelaki ditahan akibat seludup emas guna gigi palsu

Lelaki rakyat Uzbekistan itu dilaporkan berlepas dari Dubai ke New Delhi dengan membawa 95 gram emas yang dibentuk sebagai gigi palsu dalam mulutnya.

 

Taktik lelaki itu bagaimanapun berjaya dibongkarkan selepas beliau ditahan di sebuah lapangan terbang di India. Suspek juga dikesan memasukkan rantai emas di belakang kerongkong bagi menyeludup emas ke negara berkenaan.

 

Menurut laporan, jumlah keseluruhan emas yang diselurup dalam mulut lelaki berkenaan dianggarkan hampir satu kilogram dan bernilai 402,589.70 Rupee (kira-kira RM22,905.46).

 

Lelaki itu ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika berjalan keluar di laluan ‘tiada pengisytiharan’ dari pintu keluar Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, New Delhi, India.

 

Siasatan lanjut mendapati lelaki itu membawa barang bernilai dalam mulutnya yang berupa emas.

 

Ekoran kejadian itu, pihak berkuasa New Delhi memberi amaran kepada mereka yang cuba menyeludup barangan berharga atau dilarang menggunakan taktik sama.

 

Sumber: [1]