Umur Masih Panjang, Lelaki Selamat Lepas Jatuh Dalam Cecair Aluminium Mendidih

Seorang lelaki yang juga juruelektrik berusia 25 tahun seakan diberikan peluang kedua untuk hidup apabila terselamat selepas terjatuh dalam relau yang mengandungi cecair aluminum mendidih.

umur masih panjang, lelaki selamat lepas jatuh dalam cecair aluminium mendidih

Lelaki itu hanya mengalami kesakitan dengan kesan lecur akibat terjatuh selepas sempat keluar dari relau cecair aluminium pada suhu 720 darjah Celsius.

 

Kejadian berlaku pada Khamis lalu ketika mangsa sedang bekerja di lokasi tersebut sebelum terjatuh melalui pintu terus ke dalam cecair logam panas yang menggelegak.

 

Ketika kejadian, bahagian kaki mangsa tenggelam ke dalam cecair aluminum itu hingga ke paras lutut, namun mangsa berjaya keluar dengan pantas.

 

Doktor dan paramedik bergegas ke tempat kejadian dan membawa mangsa ke hospital menggunakan helikopter. Mangsa dilaporkan melecur dan cedera namun terselamat daripada kemalangan itu.

 

Sumber: Kosmo!