Lelaki Pura-Pura Diculik Kerana Malas Pergi Kerja

Kerana ingin mengelak daripada bekerja, seorang lelaki berusia 19 tahun di Arizona mereka cerita mengenai penculikannya sendiri hingga menyusun plot berkenaan harta keluarga yang tersembunyi di padang pasir.

lelaki pura-pura diculik kerana malas pergi kerja

Brandon Soules, 19, ditangkap atas tuduhan melaporkan fakta salah kepada pihak polis setelah dia mengaku bersalah memalsukan penculikannya sendiri.

Siasatan ke atas kes terbabit bermula pada 10 Februari ketika pegawai menyahut panggilan seorang lelaki yang cedera terbaring berdekatan menara air di bandar Coolidge di luar Phoenix.

Menurut pihak polis, lelaki tersebut dijumpai dengan tangannya diikat di belakang punggungnya berserta tali pinggang dan bandana yang disumbat masuk ke dalam mulutnya. Dia memberitahu pihak berkuasa bahawa dia diculik dari dekat rumahnya ketika dia kembali setelah menjalankan tugas pagi itu.

Ketika kejadian tersebut berlaku, dia mengatakan bahawa terdapat dua lelaki bertopeng yang memukulnya di bahagian belakang kepalanya hingga dia tidak sedarkan diri.

Penculik tersebut, menurutnya, mengusirnya sebelum meninggalkannya di menara air, lokasi yang mana dia ditemui.

Katanya ketika siasatan, dia diculik kerana dia mempunyai sejumlah besar wang yang ditinggalkan oleh bapanya yang tersembunyi di suatu tempat di padang pasir.

Detektif kemudian meneruskan siasatan mereka selama beberapa hari sebelum memadankan bukti dengan meninjau rakaman pengawasan di kawasan kejadian, selain mencari maklumat telefonnya dan menemu ramah beberapa orang.

Hasil siasatan mendapati bahawa tiada bukti yang dapat membuktikan kisah tersebut.

Laporan dalam kes tersebut juga mengatakan bahawa kisahnya itu dibuat-buat dan tiada sebarang kejadian penculikan atau serangan yang berlaku.

Lelaki tersebut kemudian mengaku bersalah ketika perbicaraan hukuman terhadap laporan palsu pada 18 Februari dan diperintahkan untuk membayar denda £388 (RM2,268).

Menurut pihak berkuasa, lelaki tersebut dilaporkan sengaja mereka-reka cerita kerana ingin keluar daripada pekerjaannya.

Difahamkan dia bekerja di sebuah kilang tayar kereta, namun tidak diketahui sekiranya dia masih bekerja di situ.

 

Sumber: [1]