Lelaki Positif COVID-19 Ditahan Lepas Naik Kapal Terbang Dengan Berpakaian Isteri

Seorang lelaki yang juga positif COVID-19 telah ditahan selepas menaiki kapal terbang penumpang dengan mengenakan pakaian isterinya bagi mengaburi perhatian pihak berkuasa.

lelaki positif covid-19 ditahan lepas naik kapal terbang dengan berpakaian isteri

Lelaki itu mengenakan niqab milik isterinya yang menutup sebahagian muka, dalam penerbangan dari Jakarta ke Ternate di Indonesia.

 

Dikenali dengan nama DW, beliau ditahan selepas anak kapal melihat gelagatnya menuju ke tandas dalam kapal terbang berkenaan dengan berpakaian wanita dan keluar dengan berpakaian lelaki.

 

Lelaki itu berjaya melepasi kaunter pemeriksaan di Lapangan Terbang Halim Perdana Kusuma dekat Jakarta dengan menggunakan kad pengenalan dan ujian COVID19 negatif milik isterinya.

 

Anak kapal yang melihat kejadian itu segera melaporkan kepada pihak berkuasa sebaik sahaja mendarat di Ternate.

 

Lelaki itu kemudiannya ditahan dan ujian PCR mengesahkan beliau positif COVID-19. Beliau kemudian dibawa untuk proses kuarantin dan sebaik sahaja selesai nanti beliau akan ditahan oleh pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

 

Sumber: Daily Star