Pernahkah anda mendengar bunyi sendawa yang cukup kuat, hingga mampu didengari satu taman perumahan?
Neville Sharp, seorang lelaki dari Northern Territory, Australia ini berjaya memecahkan Rekod Dunia Guinness dengan mengeluarkan sendawa paling kuat, hingga mencecah 112.4 desibel (db).
Bacaan itu adalah melebihi desibel bunyi yang dihasilkan motosikal berkuasa tinggi dan sangat membahayakan pendengaran manusia biasa.
Menurut laporan, Neville menghabiskan masa kira-kira lima tahun bagi membuat persiapan untuk melakukan aksi tersebut.
“Bahagian paling sukar adalah apabila anda perlu mengumpul peralatan yang sesuai untuk mengukur jumlah pelepasan dengan tepat,” katanya.
Rekod sendawa paling kuat sebelum ini dipegang oleh Paul Hunn dengan bacaan 109.9 db pada 2019.
Sumber: [1]