Seorang lelaki berusia 51 tahun dikatakan terlalu obses dengan tong sampah hingga beliau mempunyai pelbagai koleksi gambarnya bersama tong sampah di Britain.
Dave Clark berkata, minatnya itu timbul ketika melawat tempat pembuangan sampah ketika zaman kanak-kanaknya.
Sejak dari itu, dia mendapat gelaran ‘Dustbin Dave’ oleh rakan-rakan kerana gemar bergambar dengan tong sampah.
Minatnya itu masih kekal hingga kini beliau menjadi bapa kepada dua anak dan masih berusaha mencari tong sampah terbaik di sekitar Britain.
“Saya mencari tong sampah yang paling unik. Jika lain dari yang lain, saya akan ambil gambar. Jika anda melihat tong sampah yang menyeronokkan, ia akan membuatkan anda tersenyum semasa melewatinya.
“Tong sampah di luar yang sempurna perlu berpenutup besar dan bersaiz sederhana. Anda tidak mahu ia besar. Ia perlu cantik dan berwarna-warni dengan rekaan yang aneh,’’ katanya.
Isteri dan dua anaknya yang tinggal perkampungan Caister, Norfolk sudah faham dengan minatnya yang pelik itu.
Sumber: [1]