Lelaki Usia 55 Tahun Nyaris Maut Lepas Tertelan Botol Minyak Rambut

Demi menyelamatkan nyawa, seorang lelaki telah menjalani pembedahan mengeluarkan botol plastik daripada perutnya.

lelaki usia 55 tahun nyaris maut lepas tertelan botol minyak rambut

Menurut Metro UK, kejadian yang berlaku di India melibatkan seorang lelaki berusia 55 tahun dari Madhya Pradesh, disyaki telah menelan objek tersebut.

 

Akibatnya, botol tersebut tersangkut di dalam perutnya, memerlukan pembedahan dengan segera.

 

Sebelum pembedahan dilakukan, pemeriksaan sinar-X telah mengesan kehadiran botol tersebut di dalam perutnya sebelum doktor mengambil tindakan lanjut.

 

Selepas pembedahan dibuat, objek yang tersekat pada perut lelaki itu adalah botol minyak rambut Nihar Shanti Amla berwarna hijau.

lelaki usia 55 tahun nyaris maut lepas tertelan botol minyak rambut

Sebab-sebab lelaki itu menelan botol tersebut masih tidak jelas, dan maklumat lanjut tidak dikeluarkan demi menjaga privasi pesakit.

 

Menelan objek asing secara sengaja (DFBI) merupakan gangguan psikologi yang jarang berlaku, di mana objek bukan makanan sengaja ditelan sebagai bentuk kecederaan diri. Perilaku ini biasanya dikaitkan dengan gangguan personaliti sempadan (BPD).

 

Sumber: Metro UK