Aneh, Lelaki Minta Bantuan Cari Sijil Kematiannya Yang Hilang

Satu iklan surat khabar telah menjadi tular baru-baru ini kerana meminta bantuan orang ramai untuk mencari sijil kematiannya yang hilang.

 

Sijil kematian adalah satu dokumen rasmi yang dibuat selepas seseorang itu meninggal dunia.

 

Di India, iklan akhbar ini telah mencetuskan reaksi bercampur daripada warganet selepas seorang lelaki mengiklankan tentang kehilangan sijil kematiannya.

 

Dalam iklan itu, lelaki tersebut menyatakan sijil kematiannya hilang di Bazar Lumding pada 7 September lalu.

 

Turut dinyatakan adalah butiran nombor pendaftaran dan nombor siri sijil kematiannya berserta nama dan nama bapanya.

 

“Saya telah kehilangan sijil kematian saya di Lumding Bazar bertarikh 7 September 2022,” tulis iklan yang tular itu.

aneh, lelaki minta bantuan cari sijil kematiannya yang hilang

Foto itu menjadi tular selepas pegawai Perkhidmatan Polis India (IPS) Rupin Sharma memuatnaiknya di Twitter dan menimbulkan kekecohan ramai.

 

“Hanya berlaku di India,” tulisnya pada kapsyen foto berkenaan.

 

Sumber: India.com