Demi Cinta, Lelaki Sanggup Menyamar Jadi Teman Wanita Jawab Exam Bahasa Inggeris

Demi cinta, seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja, hingga wujud kalimat ‘lautan api sanggup ku renangi’. Hebat sungguh kuasa cinta ya?

 

Begitu jugalah penangan pada seorang lelaki di Senegal yang sanggup menyamar menjadi teman wanitanya bagi menjawab peperiksaan yang membolehkan wanita itu melanjutkan pengajian.

demi cinta, lelaki sanggup menyamar jadi teman wanita jawab exam bahasa inggeris

Khadim Mboup, 22, penuntut Universiti Gaston Berger de Saint-Louis, Diourbel di Senegal telah memperbodohkan fakulti dan penyelia di dewan peperiksaan Baccalaureate, iaitu peperiksaan lulus sekolah tinggi, dengan menyamar sebagai pelajar perempuan sekolah menengah itu selama tiga hari.

 

Lelaki itu mengenakan rambut palsu panjang yang sebahagianya menutup selendang tradisional, lengkap dengan anting-anting dan solekan wajah, bagi menjadi teman wanitanya, Gangué Dioum yang berusia 19 tahun.

 

Berjaya melakukan penyamaran pada hari pertama, Mboup terus menyamar pada hari berikutnya namun mula disedari seorang pengawas peperiksaan yang merasa ganjil mengenai pelajar tersebut.

 

Disebabkan itu, polis telah dipanggil ke dewan peperiksaan dan nyata lelaki itu menyamar menjadi identiti orang lain melalui pemakaiannya.

demi cinta, lelaki sanggup menyamar jadi teman wanita jawab exam bahasa inggeris

Lelaki itu kemudian membawa pihak berkuasa kepada kekasihnya yang sedang menunggu dengan tenang disebuah bilik di motel yang disewa mereka. Kedua-duanya ditangkap dan lelaki itu mengaku bersalah.

 

"Saya bertindak kerana cinta, teman wanita saya mengalami kesukaran menguasai bahasa Inggeris," kata penuntut universiti itu tetapi gagal mempengaruhi pihak berkuasa.

 

Sumber: [1]