Lelaki Letupkan Lamborghini Miliknya Dan Jadikan Serpihan Tersebut Sebagai NFT!

Aset digital yang dikenali sebagai “non-fungible token” (NFT) semakin menjadi popular dalam kalangan orang ramai.

lelaki letupkan lamborghini miliknya dan jadikan serpihan tersebut sebagai nft!

Turut tidak ketinggalan, seorang artis yang dikenali sebagai Shl0ms sanggup membina 100 pasukan bagi melancarkan aksinya meletupkan Lamborghini jenis Huracan.

Mungkin ada yang berprasangka bahawa artis tersebut sanggup berbuat sedemikian demi wang.

Bagaimanapun, menurut tuan empunya badan, projek itu diwujudkan untuk membantah konsep ketamakan di sekitar mata wang kripto dan NFT.

“Projek ini bertujuan untuk menjadi peringatan potensi revolusioner tentang teknologi asas jika kita menggunakannya dengan betul, bukan hanya untuk keuntungan peribadi,” katanya.

Kini Shl0ms telah menukar sisa-sisa kereta yang hangus menjadi NFT. Sejumlah 888 NFT keping yang dikategorikan dan dirakam dalam bentuk video kini akan dijual sebagai NFT menerusi lelongan bermula pada harga 0.01 Ether atau sekitar RM122.58.

lelaki letupkan lamborghini miliknya dan jadikan serpihan tersebut sebagai nft!

Difahamkan, masih terdapat 111 video NFT lain yang masih dipegang oleh pasukan artis itu.

Bagi melancarkan projek tersebut, Shl0ms telah membeli Lamborghini Huracan terpakai pada harga AS$250,000 (RM1,048,750).

Bukan itu sahaja, beliau juga membina pasukan seramai 100 orang yang mana mereka turut menggunakan kereta lain sebagai bahan eksperimen.

Bagi menangani kuasa letupan besar kereta tersebut, pasukan itu mengupah seorang jurutera bahan letupan berlesen.

Hasil letupan itu diketahui sebagai letupan paling mencabar setakat ini.

lelaki letupkan lamborghini miliknya dan jadikan serpihan tersebut sebagai nft!

Lamborghini Huracan itu diletupkan pada 2 Februari 2022, dengan video itu dimuat naik ke Twitter pada 18 Februari.

Selain itu, jualan NFT pula difahamkan akan bermula pada 25 Februari yang terdiri daripada 999 item.

Daripada jumlah terbabit, 111 item akan diberikan kepada pasukan dan pembiaya awal serta baki 888 pula akan dijual.

Dianggarkan bahawa kutipan daripada hasil penjualan NFT terbabit berupaya mendapat keuntungan sebanyak 12 peratus melebihi kadar faedah bank, walaupun artis tersebut telah membelanjakan 1 juta dolar untuk projek terbabit secara keseluruhan.

Namun, hasil jualan video NFT itu difahamkan akan disalurkan untuk membiayai pelbagai pameran seni untuk masyarakat umum.

Menurut Shl0ms, dia ingin memanfaatkan karya seni dan mata wang digital untuk tujuan kebaikan selain menggunakan NFT untuk niat asalnya, iaitu mencetak aset digital dalam satu unit.


Sumber: [1]