Lelaki Di India Pelik Kena Saman Tak Pakai Helmet Masa Bawa Lori

Seorang pemandu lori di Odisha, India merasa pelik apabila dikenakan saman sebanyak 1,000 rupee (RM56.64) atas kesalahan tidak memakai topi keledar semasa memandu lorinya.

lelaki di india pelik kena saman tak pakai helmet masa bawa lori

Lelaki yang dikenali dengan nama Pramod Kumar Swain dari daerah Ganjam ini hadir ke pejabat pengankutan tempatan untuk memperbaharui permit lorinya.

 

Namun Pramod dimaklumkan kenderaan yang dipandunya itu mempunyai saman tertunggal atas kesalahan yang tidak masuk akal iaitu memandu tanpa memakai topi keledar.

 

Pramod cuba untuk mendapatkan penjelasa pegawai bertugas, namun tidak mendapat jawapan rasional dan beliau perlu membayar saman tersebut sebelum dibenarkan memperbaharui permit lorinya.

lelaki di india pelik kena saman tak pakai helmet masa bawa lori

Beliau yang sudah pun memandu lori sejak tiga tahun yang lalu merasa kesal dengan saman yang dikenakan keatasnya dan dianggap kejam kerana mengutip wang rakyat dengan cara yang salah.

 

Ini bukanlah kali pertama polis di India mengeluarkan saman sedemikian kerana tahun lalu, polis di Ittar Pradesh juga pernah menyaman seorang lelaki yang memandu kereta tanpa memakai topi keledar. Sejak dari itu, lelaki itu akan memakai topi keledar ketika memandu kereta sebagai tanda protes.

 

Sumber: Ary News