Lelaki Ingatkan Perut Lembu Dalam Sup, Rupanya Kain Buruk Dari Dapur

Seorang lelaki terkejut apabila menjumpai kain buruk dalam hidangan supnya yang disangkakan adalah perut lembu.

lelaki ingatkan perut lembu dalam sup, rupanya kain buruk dari dapur

Kejadian berlaku di China selepas lelaki yang hanya dikenali sebagai Ning memesan dua hidangan sup panas untuk dirinya dan lima rakan lain.

 

Selepas menerima hidangan sup itu, Ning mendapati kedua-dua sup itu berbeza warnanya, yang mana satu berwarna cair manakala satu lagi sedikit gelap.

 

Ning bagaimanapun tidak memikirkannya sambil menikmati hidangan sup itu bersama rakan-rakannya yang lain.

 

Sudah hampir separuh beliau menikmati sup itu, beliau menjumpai satu kepingan seakan perut lembu, yang mana biasa diletakkan sebagai hidangan.

lelaki ingatkan perut lembu dalam sup, rupanya kain buruk dari dapur

Ning bagaimanapun berasa pelik kerana ‘perut lembu’ itu agak besar dan beliau cuba untuk memotongnya pada saiz lebih kecil. Ketika itu barulah beliau sedar ia bukanlah perut lembu sebaliknya kain buruk yang digunakan di dapur.

 

Dua rakannya yang melihat kain buruk itu segera memuntahkan kembali apa yang dimakan mereka. Ning kemudian segera menghubungi restoran yang menyediakan sup terbabit dan pemilik restoran mengakui kesilapan mereka.

 

Pekerja yang menyediakan sup itu kemudian juga telah dipecat dan Ning ditawarkan ganti rugi sebanyak tiga kali ganda nilai sup terbabit.

 

Ning bagaimanapun enggan menerima pampasan itu dan mahu campur tangan oleh pihak kerajaan atas apa yang berlaku ini.

 

Menurut laporan SCMP, pekerja yang dipecat itu adalah seorang pekerja baharu, berusia 19 tahun dan beliau sedang mengalami demam panas semasa menyediakan hidangan berkenaan.

 

Sumber: SCMP / Baidu