Lelaki Ini Cipta Semula Semua Permainan Squid Game Di Alam Nyata!

Seorang penghasil kandungan Youtube, Jimmy Donaldson atau lebih dikenali sebagai Mr. Beast, telah menjadi perhatian ramai kerana berjaya mencipta semula setiap permainan dalam drama bersiri popular, Squid Game.

lelaki ini cipta semula semua permainan squid game di alam nyata!

Beliau bukan sahaja mencipta semula setiap permainan dalam Squid Game, malah turut menawarkan ganjaran wang tunai kepada pemenangnya berjumlah £342,000 (RM1.9 juta)!

lelaki ini cipta semula semua permainan squid game di alam nyata!

Mr.Beast yang mempunyai 80.5 juta pengikut di Youtube dilaporkan menghabiskan sejumlah £2.62 juta (RM14.82 juta) untuk menghasilkan set, video dan hadiah kepada pemenang.

 

Namun bezanya dengan siri sebenar Squid Game, mereka yang gagal dalam cabaran tidaklah dibunuh sebaliknya mereka turut diberikan wang tunai £1,500 (RM8,482) dan £7,495 (RM42,382) kepada naib juara.

lelaki ini cipta semula semua permainan squid game di alam nyata!

lelaki ini cipta semula semua permainan squid game di alam nyata!

lelaki ini cipta semula semua permainan squid game di alam nyata!

Sehingga artikel ini ditulis, video Youtube berjudul “$456,000 Squid Game In Real Life!” telah mendapat lebih 96 juta tontonan dan trending nombor #2 dengan hampir 9 juta tanda suka.

Jika ditonton video berdurasi 25 minit ini, ternyata setiap prop dan set yang dihasilkan beliau amat nyata dan realistik!

 

Sumber: [1]