Lelaki Indonesia Gali Kubur Isteri Selepas Mendakwa Terdengar Bisikan Aneh

Seorang lelaki Indonesia yang mempunyai sejarah peribadi mengalami gangguan mental menggali kubur isterinya selepas mendakwa terdengar bisikan aneh.

lelaki indonesia gali kubur isteri selepas mendakwa terdengar bisikan aneh

Lelaki bernama Robyek yang berasal dari Ponorogo itu telah menggali kubur isterinya dua kali iaitu kali pertama ketika mayat isterinya dikebumikan dalam tempoh tujuh hari dan kali berikutnya adalah pada hari ke-25 selepas pengebumian tersebut.

Memetik laporan Tribun News, lelaki tersebut berbuat sedemikian selepas mendengar bisikan aneh yang mengarahkannya untuk membawa mayat isterinya kepada doktor dengan menggunakan tikar.

Dia juga dikatakan menggali kubur isterinya hingga kedalaman 80 sentimeter.

Lelaki itu kini dipercayai sedang mendapatkan terapi.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN