Curi Lebih 200 Pasang Kasut, Lelaki Ini Ketagih Bau Kaki Orang Lain

Seorang lelaki dari Jepun telah ditangkap selepas didapati mencuri beratus pasang kasut wanita kerana obses dengan bau kaki orang lain.

curi lebih 200 pasang kasut, lelaki ini ketagih bau kaki orang lain

Ini bukanlah pertama kali beliau ditahan kerana pada 10 Jun lalu, polis sekali lagi menahan Tsunehito Isobe untuk kali kedua atas kesalahan berkenaan.

 

Beliau didapati mencuri 139 pasang kasut wanita termasuklah kasut jururawat, tumit tinggi dan sandal.

curi lebih 200 pasang kasut, lelaki ini ketagih bau kaki orang lain

Kegiatan aneh lelaki itu terbongkar selepas rakaman CCTV menunjukkan beliau menyelinap masuk ke dalam sebuah bangunan di Murakami dan mencuri sandal wanita.

 

“Saya mempunyai minat yang mendalam terhadap kasut wanita yang sudah dipakai sejak kecil lagi, terutamanya yang berbau.

“Saya juga sudah mencuri kasut sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

curi lebih 200 pasang kasut, lelaki ini ketagih bau kaki orang lain

Isobe pertama kali ditahan pada 2014 selepas mencuri 244 pasang kasut wanita termasuk 200 kasut jururawat.

 

Keinginan terhadap bau kaki orang lain juga disebut sebagai podophilia.

 

Sumber: Oddity Central

ARTIKEL BERKAITAN