Seram! Jari Berdarah, Lelaki Diserang Makhluk Halus Semasa Buat Facebook LIVE

Seorang penyiasat paranormal mendakwa dirinya telah menerima ancaman keganasan dari alam ghaib hingga menyebabkan beliau diserang hingga mengakibatkan jarinya berdarah.

seram! jari berdarah, lelaki diserang makhluk halus semasa buat facebook live

Lelaki yang mahu dikenali sebaga Matt, diserang makhluk halus semasa sedang bersiaran langsung di akaun Facebook dari pejabatnya.

 

Matt menggunakan kotak ALICE iaitu peranti perisian yang digunakan dalam penyiasatan aktiviti paranormal. Alat itu juga digunakan bagi bercakap dengan makhluk halus.

 

Ujar Matt, semasa sesi interaksi bersama makhluk halus, kotak ALICE mengeluarkan perkataan ‘ancaman’ dan ‘ganas’ dalam beberapa minit pertama. Matt bagaimanapun tidak gentar malah mencabar makhluk itu untuk tampil ke hadapan.

 

Namun selepas itu, Matt merasakan cakaran yang menyakitkan pada jari kelingking di tangan kanannya. Malah darah turut mengalir dari tangannya selama kira-kira 10 minit.

Tidak dapat dipastikan apa sebenarnya yang berlaku, namun Matt percaya ia adalah angkara makhluk halus tersebut yang marah dengan tindakannya.

 

Sumber: Wales Online