Lelaki Disahkan Mati Bangkit Semula Dalam Peti Sejuk Mayat

Seorang lelaki yang disahkan mati selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dilaporkan hidup semula beberapa jam selepas dia diletakkan dalam peti sejuk mayat.

lelaki disahkan mati bangkit semula dalam peti sejuk mayat

Kejadian berlaku di New Delhi, India selepas tukang elektrik, Srikesh Kumar, dilanggar oleh sebuah motosikal di Moradabad. Beliau kemudian dibawa ke District Combined Hospital dan doktor mengesahkan beliau meninggal dunia.

 

Keesokkan harinya, tubuh lelaki berusia 40 tahun itu diletakkan dalam peti sejuk mayat di hospital terbabit untuk proses selanjutnya. Ahli keluarga mangsa turut dipanggil bagi mengesahkan mayat.

 

Selang 7 jam selepas mangsa diletakkan dalam peti sejuk itu, kakak iparnya, Madhu Bala perasan tubuh lelaki itu mulai bergerak.

 

“Dia tidak mati, macam mana ini boleh berlaku? Lihat, dia mahu katakan sesuatu, dia bernafas,” ujar kakak iparnya.

 

Jasad lelaki itu kemudian dibawa untuk pemeriksaan lanjut dan keadaannya kini semakin beransur pulih meskipun beliau belum sedar sepenuhnya.

 

Ekoran daripada kejadian itu, keluarga lelaki itu akan memfailkan laporan kepada pihak berkuasa keatas kecuaian pihak hospital dalam menguruskan mangsa. Insiden itu juga nyaris meragut nyawa lelaki itu kerana diletakkan dalam peti sejuk mayat, sedangkan beliau sebenarnya masih lagi hidup.

 

Pihak hospital yang mengesahkan kematian lelaki itu, menolak sebarang keajaiban yang berlaku dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya dalam menyelamatkan nyawa pesakit mereka.

 

Sumber: [1]