"Tak Perlu Panas Badan Pun" - Lelaki Diangkat Juara Pertandingan Baring 60 Jam

Seorang lelaki di Colombia mendedahkan dia mengaut untang menerusi perniagaan menjual udara bersih di dalam botol setiap hari.

tak perlu panas badan pun - lelaki diangkat juara pertandingan baring 60 jam

Menurut usahawan yang dikenali sebagai Juan Carlos Alvarado itu, dia mengambil udara bersih itu dari bandar Medellin, yang digelar City of Eternal Spring kerana iklimnya yang menyenangkan sepanjang tahun.

“Orang ramai ada juga menggelar saya penipu tetapi ia adalah perniagaan yang lebih sukar daripada apa yang dilihat kerana tidak mudah untuk mengisi udara bersih di dalam botol,” katanya.

Jelas Alvarado, dia mencipta kaedah khas untuk memerangkap udara serta ‘membungkusnya’ di dalam botol kaca kecil yang perlu dibersihkan dengan teliti untuk memastikan tiada sebarang bau.

“Saya mencipta peranti cekap iaitu pengumpul udara yang mengambil masa antara 15 hingga 30 minit untuk memerangkap zarah udara termasuk situasi musim bunga.

“Kini saya berjaya menjual 77 botol (berisi) udara dengan harga AS$5 (RM22.37) sebotol pada hari pertama sahaja.

“Pada hari ketiga saya menjual kira-kira 300 botol kepada pelancong di Parque Lleras, El Poblado, Medellin.

“Mungkin ini idea gila, tetapi saya terpaksa melakukannya kerana sukar mendapat penaja untuk meneruskan kerjaya seni saya,” ujarnya yang turut mencuba nasib dalam bidang nyanyian.


Sumber: HMetro