Seorang lelaki mendakwa dirinya datang dari masa hadapan dan beliau adalah satu-satunya manusia yang hidup semasa tahun 2027.
Javier, dari Valencia, Sepanyol mendakwa dirinya adalah satu-satunya manusia yang tinggal di bandar terbabit, sambil disokong oleh beberapa video yang menunjukkan keadaan bandar Valencia semasa tahun 2027 nanti.
Salah satu video yang dikongsikan Javier menunjukkan beliau telah menemui ruang bersembunyi disebuah kilang yang dijadikan muzium.
Menerusi video-video lain di Instagramnya juga menunjukkan keadaan sunyi bandar Valencia, sebagai bukti dirinya datang daripada masa hadapan.
Tidak dapat dipastikan ‘punca’ manusia hilang menerusi video yang dimuatnaik Javier, yang pasti perkongsian Javier ini menarik perhatian ramai di laman sosial.
Ada yang mendakwa Javier sengaja mencipta video terbabit semasa perintah berkurung akibat daripada penularan wabak COVID-19 baru-baru ini, yang mana membuatkan bandar menjadi sunyi dan lengang.
Sumber: Instagram