Kesian Ular Tiada Kaki, Lelaki Ini Cipta Kaki Robot Bantu Ular Jalan ‘Normal’

Seorang lelaki yang merasakan simpati serta kasihan melihat ular tidak mempunyai kaki, telah mereka bentuk satu alat yang dapat merealisasikan impiannya itu.

 

Allen Pan, juga seorang Youtuber, mereka bentuk tiub panjang dengan empat kaki bertujuan membantu spesis ular berjalan seperti haiwan lain.

kesian ular tiada kaki, lelaki ini cipta kaki robot bantu ular jalan ‘normal’

Dalam satu video, Allen menerangkan bahawa spesis ular suatu ketika dahulu pernah mempunyai kaki namun disebabkan proses evolusi dan mutasi genetik maka reptilia itu kini tidak berkaki.

 

“Saya sebenarnya kasihan dengan ular, mereka hilang kaki dan tiada siapa cuba membantu mereka, kecuali saya,

“Apabila ada haiwan lain yang hilang keupayaan pada kaki, ramai manusia membantu haiwan itu untuk berjalan semula. Jadi, kami ciptakan alat robotik khas buat ular,” kata Allen.

kesian ular tiada kaki, lelaki ini cipta kaki robot bantu ular jalan ‘normal’

kesian ular tiada kaki, lelaki ini cipta kaki robot bantu ular jalan ‘normal’

Robot ciptaan Allen itu disambungkan dengan alat pengawal jarak jauh dan komputer riba.

Ujian keatas robot ciptaannya juga dikatakan berjaya membantu ular berjalan sama seperti hidupan berkaki yang lain.

 

Sumber: Daily Star