Lelaki Ini Cipta Rekod Tenung Matahari Tanpa Berkelip Selama Satu Jam

Pelbagai rekod dunia telah dicipta, sama ada ia sangat membanggakan, atau sangat aneh dan sukar diterima akal untuk dijadikan rekod kepada pencabar lain.

 

Sama kisahnya dengan satu rekod kebangsaan yang dicipta seorang lelaki berusia 70 tahun dari Uttar Pradesh, India, kerana berjaya merenung ke arah matahari tanpa mengelipkan mata selama lebih satu jam.

lelaki ini cipta rekod tenung matahari tanpa berkelip selama satu jam

Lelaki yang dikenali sebagai MS Verma dikatakan mempunyai kelebihan ini sejak 25 tahun lalu daripada seorang gurunya.

 

Beliau kemudiannya mencipta rekod itu dengan merenung ke arah matahari tanpa berkelip dan tanpa menggunakan cermin mata hitam selama sejam, dan rekod itu disahkan oleh wakil daripada India Book of Records.

 

Menakjubkan apabila kedua-dua mata beliau juga sihat dan normal selepas beliau mencipta rekod tersebut.

 

Verma juga telah memecahkan rekod yang pernah dicipta seorang lelaki dari India yang merenung ke arah matahari selama 10 minit. Rekod itu membuatkan beliau nekad untuk mencuba rekod dunia Guiness tidak lama lagi.

Pun begitu, pakar menasihatkan agar orang ramai tidak mengikut apa yang dilakukan lelaki ini kerana melihat kearah matahari secara terus boleh menyebabkan kerosakan pada mata yang boleh mengakibatkan buta.

 

Sumber: [1]