Gara-gara mahukan lebih privasi dan juga benci dengan pelaksanaan perintah berkurung akibat pandemik COVID-19, seorang pemilik rumah telah membina pagar dengan saiz tiga kali ganda lebih besar daripada sepatutnya.
Kejadian berlaku di kawasan perumahan di Chester Hill, Sydney dekat Australia apabila lelaki itu berasa ‘bosan’ ketika pelaksaan perintah berkurung lalu membina pagar setinggi 579 sentimeter di keliling halaman belakang rumahnya, bersamaan tiga kali ganda daripada saiz pagar standard.
Tindakan itu telah menimbulkan kemarahan jiran-jirannya lalu aduan dibuat kepada Majlis Perbandaran Cumberland Julai lalu, selepas mendapati pagar taman yang dibina itu menghalang sebahagian besar pemandangan luar.
“Pagar itu menghalang sinaran matahari dan kami tidak dapat menyaksikan pemandangan indah lagi,” kata penduduk
Pemilik itu turut menamakan pagar yang dibinanya sebagai Tembok Besar Chester Hill.
“Apabila terpaksa berada di rumah dan jiran melihat anda, sudah tentu anda merasakan seperti tiada privasi. Jadi saya bina pagar tersebut ketika pandemik COVID-19,” katanya.
Sumber: [1]