Lelaki Bawa 10 Beg Berisi Duit Syiling Untuk Beli Kereta Secara Cash

Tidak hairan jika membeli kenderaan secara tunai, namun lain pula ceritanya jika ia dibeli menggunakan wang syiling yang dikumpulkan dalam beberapa beg guni.

lelaki bawa 10 beg berisi duit syiling untuk beli kereta secara cash

Itu yang terjadi kepada sebuah premis jualan kereta di China yang berdepan seorang pelanggan yang mahu membayar menggunakan hanya duit syiling.

 

Lelaki dari Zhoukou di wilayah Henan, China, mahu membeli sebuah kereta dengan harga 51,000 yuan (kira-kira RM33,163). Namun, beliau membayar kereta itu sepenuhnya dengan duit syiling.

 

Menurut kakitangan di premis jualan kereta itu berkata, pembeli itu bekerja dalam bidang perusahaan tepung, datang dengan membawa 10 beg berisi duit syiling bagi membeli kereta untuk anaknya.

 

Disebabkan itu, seramai 20 kakitangan lain terpaksa dikerah untuk mengira duit syiling itu satu persatu dan usaha itu mengambil masa lebih tiga jam.

 

Kisah lelaki itu menjadi tular di media sosial tempatan dengan rata-rata netizen terkejut melihat pekerja asyik mengira duit syiling daripada beg guni yang dibawa.

 

Ada yang memberi cadangan supaya kakitangan itu menggunakan mesin bagi mengira duit syiling berkenaan.

 

Perkara yang hampir sama pernah terjadi kepada seorang wanita di Indonesia yang menerima tunggakan bayaran nafkah sejumlah AS$10,500 (RM42,980) dengan menggunakan duit syiling.

lelaki bawa 10 beg berisi duit syiling untuk beli kereta secara cash

Sumber: [1]